Friday, October 15, 2010

Ter...Balik

Fuh!!! kesebalan kaki kadang-kadang mengundang perasaan geram pada pancaindera yang telah dikurnai-Nya. Entah mana datang kelibat yang tidak muncul? Menanti. Mencari. Mengidam, Eh?! perasaan benci bersulam dusta hadir membelai hati yang sedang lara. Prasangka yang wujud mematahkan nafsu dan tingkah laku ini menjadi tergendala akibatnya.

Perjalanan masih diteruskan tetapi HATI masih lagi berkata-kata. Bila? Bila? Bila? bila...bila.... Argh!!! terkesan jugak la sedang mendengar lagu-lagu 'melo Malaysia'. huh! tak sampai-sampai jugak...jadi, tiba masa untuk kaki yang sebal ini melangkah keluar...keluar dari kotak katanya, wal hal masih di dalam tempurung yang membeku tidak tahu cairnya bila. Kadang-kadang terfikir ada juga kebaikannya tapi...... Ah! sudahlah...yang baik disimpan yang bukan2 dibiarkan.

Apalah nasib pancaindera yang digunakan. Adakalanya untuk kebaikan adakalanya untuk keburukan...bila sampai pulang baru tersedar yang sebenarnya dinanti-nanti dah tunggu legar rumah...menanti untuk bersama-sama melamar. Tidak sanggup rasanya menahan perasaan itu...

Saturday, October 9, 2010

Mencari Konklusi...


Rupanya masih elok...bahkan masih boleh digunakan, hayat amat diidamkan menjulang rasa untuk menganyam sesuatu yang diperlukan untuk tubuh. Pilihan yang masih tidak digerakkan sehingga membawa cita yang negatif, benal, kusam seperti satu perlambangan yang sangat bergelodak. Tatkala unggas berterbangan gembira memberi zat kepada darah dagingnya, di sini bergelimpangan segala rasa kesal, jiwa yang sugul...demi memperoleh kekuatan fizikal membentuk perjalanan harian agar lancar, tapi di sini seperti satu dilema yang hampir menjadi barah. 

Nampaknya, ketandusan idea dari semua punca pemikiran menjadikan keadaan lebih terumbang ambing, seperti tidak memiliki pra-pemikiran matang . Perasaan hingar, bengang berbau dengan aura keji berpunca dari masa yang sangat terhad. Kalut dengan masa sehingga semuanya tidak terurus. Di sini, perasaan yang membangkit dengan nada tinggi meratah seluruh suasana yang baik-baik. Emosi yang gundah gulana memberi tamparan hebat kepada keadaan dan keadaan itu adalah masa. Masa...kau bukanlah musuhku, dan kau bukan penghalangku, tapi berikanlah ako cara yang terbaik... Di manakah masa yang sesuai...di manakah ruang yang tertinggal dan di manakah perlaksanaan secara teknikal membantu di sini...ako yang masih mencari ruang itu...

(dapur ako yang dah lama tersumbat...perhg!!!) 

Friday, October 8, 2010

Introduksi...


Alhamdulillah...dari kacamata lensa., pelbagai citarasa dapat dilunaskan, dapat dibiaskan dan dapat dikongsikan. Setiap detik nafas hela menyumbangkan pembentukan pemikiran yang sentiasa menjadi permainan di ruang legar yang sarat dengan noda dan nafsu yang sering bergelora. Tamparan angin mengeringkan kulit yang basah kadang-kadang membentuk perspektif yang berbeza dari zahiriahnya dan batinniahnya adakala mengongkong menjadi lembap tanpa dipedulikan sehingga wujud aduan domba yang menjijikkan...
       
      Menyahut dengan laungan 'PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI'. Di mana-mana, ceruk, setinggan, kampung, apatah lagi bumi urban di Kuala Lumpur, perjuangan diibaratkan sebuah perjalanan untuk bersaing terus hidup demi maruah, agama, bangsa dan negara. Mungkinkah perjuangan ini satu persaingan sihat? Mendokong cita-cita? Mengira dalam hal halal dan haram? Membentuk satu budaya yang jernih? Sesuci kain putih yang belum diwarnakan...tapi nilai kehidupan adalah satu anugerah yang perlu dititikberatkan dari segi fizikalogi dan psikologi serta rohani yang seimbang, selesa, santai dan terbuka...InsyaAllah...