Friday, October 8, 2010
Introduksi...
Alhamdulillah...dari kacamata lensa., pelbagai citarasa dapat dilunaskan, dapat dibiaskan dan dapat dikongsikan. Setiap detik nafas hela menyumbangkan pembentukan pemikiran yang sentiasa menjadi permainan di ruang legar yang sarat dengan noda dan nafsu yang sering bergelora. Tamparan angin mengeringkan kulit yang basah kadang-kadang membentuk perspektif yang berbeza dari zahiriahnya dan batinniahnya adakala mengongkong menjadi lembap tanpa dipedulikan sehingga wujud aduan domba yang menjijikkan...
Menyahut dengan laungan 'PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI'. Di mana-mana, ceruk, setinggan, kampung, apatah lagi bumi urban di Kuala Lumpur, perjuangan diibaratkan sebuah perjalanan untuk bersaing terus hidup demi maruah, agama, bangsa dan negara. Mungkinkah perjuangan ini satu persaingan sihat? Mendokong cita-cita? Mengira dalam hal halal dan haram? Membentuk satu budaya yang jernih? Sesuci kain putih yang belum diwarnakan...tapi nilai kehidupan adalah satu anugerah yang perlu dititikberatkan dari segi fizikalogi dan psikologi serta rohani yang seimbang, selesa, santai dan terbuka...InsyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment